Wednesday, April 22, 2009

PELUANG

Kita dijadikan sebaik-baik dan secantik-cantiknya...Allah dah buat yang paling baik untuk kita. Akan tetapi adakah akhlak kita baik dan secantik sepertimana yang telah diciptakan untuk diri kita. Diri kita sendiri yang mencorakkan akhlak kita, iman kita, dan sebagainya. Jadi di sini kita seharusnya bersyukur dengan apa yang kita ada. Allah bagi kita peluang yang sangat banyak. Bila kita tinggal solat Allah masih berikan oksigen kepada kita, kita tidak tutup aurat tetapi Allah masih kekalkan kecantikan yang ada pada diri kita.

Pernah tak kita terfikir jika kita tidak tutup aurat dengan serta merta aurat yang kita tayangkan jadi kurap. Oksigen dikurangkan kerana kita tinggalkan solat. semua nikmat disekat atas dosa-dosa kita. Allah masih memberi kita peluang. Peluang untuk kita tingkatkan iman kita, peluang untuk perbaiki akhlak kita, peluang untuk kita BERTAUBAT, Allah masih sayangkan kita.

Nikmat yang kita ada kadang-kadang kita sering lupa, sementara kita masih ada peluang ini, jangan lepaskan peluang kita untuk mendekatkan diri pada Allah. Jika diri kita dekat dengan Allah, mudahlah apa yang kita nak InsyaAllah akan ditunaikan. Kalau tidak ditunaikan di dunia tapi di akhirat sana nanti kita akan dapat. Jangan lepaskan PELUANG PELUANG PELUANG yang kita ada.

Thursday, April 16, 2009

MaaFKan DiRi Ini…

assalammualaikum…

sekadar utk berkogsi bersama sahabat..bila dngar lagu inteam hatiku jd syhdu..terutamnya lagu akrab persahabatan…(sesegar hjau daunan begitulah kita diibaratkan,tiada siapa yang bisa memisahkan kita,antara kita semua)..

tp setiap ape yang berlaku ader hikmah dsbliknya..dalam ape yang terjadi dlm hidup alin kena terima dgn hati yang tenang..walaupun hati terluka dgn sikap sahabat2 tp alin cukup bahgia mengenali mereka…tidak semua dpt alin puaskan hati..kkdg kata2 ku jugak mybbkan hati mereka terluka..

tp adakah alin hanya tmpat melepaskan kemarahan??tp x pe alin terima kerana mugkin alin pernah marah mereka…

alin selalu ingat kan diri,mugkin alin disakiti sbb pernh menyakiti hati org lain..

mgkin betul jugak,kwn2 ader ckp alin selfish..x pe lah pendapat org berbeza..sdh mmg lah sedih bila dimarah n digelar selfish..tp mgkin betul..

alin rindukan sahabat lama yang terpaksa berpisah demi menuntut ilmu..

bila kiter akan bertemu semula??rindu sngat kemesraan yang dulu..rindu sngat cara kiter bersahabat..bila ader maslah x pernah bergaduh,,berbincang adelah cara kiter..tolak ansur..tidak pernah sekali alin dngar kemarahan kamu semua…

blog nie hnya utk alin menyatakan andai diri ini pernah melukakan semua..alin minta maaf bbyk..

exam makin hampir,..sesama dier doakan kejyaan masing2…semoga pointer kiter semua naik yer..

alin minta maaf byk2 andai xdapt jd sahabat yang baik utk kamu semua…alin hanya insan biasa..mugkin cara alin menyakitkan hati semua..

alin minta maaf ssngat…andai diri ini pernah berhutang,bgtau lah yer..

nasihati lah alin kalo alin melakukan kesilapan..sedarkan kan alin andai alin terlena dibuai keduniaan..pimpinlh alin andai jatuh..

ok lah sekian sahaja..

thankz 4 being my fren…

January 16th, 2007 by alin-sya

Tuesday, April 14, 2009

SABAR ITU SEPARUH DARIPADA IMAN

Tension...semua orang boleh tension...tapi dengan sabar kita boleh berjaya...kadang-kadang kita kena marah dengan orang lain tapi bukan salah kita...orang lain buat salah kitalah tempat untuk dia meletup...isk isk isk...tak patut...

itu sikap yang tidak perlu ada pada diri seseorang...yang perlu ada sabar...kena fikir sebelum nak buat...apa yang akan jadi kalau kita ikut kata perasaan...bila perasaan marah bergelora di dalam hati syaitan mulalah mendekatkan dirinya pada manusia yang tengah marah...kerana dalam kemarahan itu akan diganggu kesabaran kita oleh syaitan.

kenapa kesabaran kita diganggu? kerana dalam kesabaran kita itu ada iman kita...sabar itu separuh daripada iman. hilangnya sikit sabar hilanglah sikit keimanan kita. benda kecil yang sepatutnya kita boleh sabar tapi kita tidak boleh kawal. Sabar juga ada pada tahapnya...tapi kalau dah menentang hukum agama atau menentang yang berkaitan agama dan boleh menyebabkan perkara yang sepatutnya kita meletup kita boleh meletup...

SABAR ITU SEPARUH DARIPADA IMAN.

Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Daerah Hulu Langat



Assalamualaikum....kepada pembaca blog ini anda dijemput ke Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Daerah Hulu Langat. Macam-macam aktiviti dijalankan semasa karnival tersebut. Jemput datang beramai-ramai di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

15 April 2009
7.30 Pagi-5.00 Petang
Pusat Konvensyen KUIS

Monday, April 13, 2009

Halimah Insan yang penyabar.

Aku mengajar di Sekolah Menengah Agama SAMSMEL di Sg.Ramal. Seronok bila mengajar nie...aku mengajar dari tingkatan 1-4. Ramai tue...pelajar-pelajar kat sekolah tue rajin-rajin...dan ada yang terlampau rajin tue yang wat aku penig kepala.

Aku suke mengajar kelas 2 Siddiq...sbb aku suke la...haha...kelas itu paling best...pelajar-pelajar dia banyak tanya....banyak tanya pun pening gak.tapi nak buat macam mana dah namanya pelajar...tak paham kenalah tanya...dalam kajian dan pandangan aku rupa-rupanya ada pelajar yang mempunya masalah besar...nampak muka tenang jer...senyum...sedikit tidak nampak kesedihan diraut wajah pelajar tersebut. Suatu hari aku cuba bertanya pada pelajar tersebut.

"Halimah...sini sekejap." dia datang dengan tenang dan senyum.itulah pelajar perempuan yang pertama kali aku jumpa. Dia selalu tunggu aku didepan pintu makmal...bila aku sampai dia senyum. Halimah ini pelik sikit...selagi cikgu tak masuk dia tak akan masuk...melainkan cikgu dia masuk dulu...begitu juga waktu balik...dia akan keluar akhir sekali biar cikgu dia keluar dulu. Sebelum balik, aku panggil dia dan bertanya..." Halimah...cikgu tengok kamu macam ada masalah jer...cuba citer kat cikgu. Dia senyum jer...sambil berkata " xde apa-apalah cikgu".senyum balik.

Aku terdiam sekitika.
"Halimah berapa orang adik beradik?"
"8 orang cikgu,saya anak ke empat" senyum jer dia.
aku dapat merasakan dia akan memberitahu sesuatu. Halimah tanya aku..."kenapa cikgu tanye?" aku katalah "saja jer nak tahu...mak ayah ada lagi...?" halimah kata ada...umo ayah 64...terkejut aku dengar...sbb abang sulong die baru umo 19. Aku terdiam...dia kata ayah dia pun tak larat dah...yang kerja mak dia..umo mak dia 34. die senyum jer....

halimah nie merupakan seorang yang tabah...aku dapat tahu dari budak bilik die...dia dipinggirkan oleh kawan-kawan sebilik...patut aku tengok die macam x ramai kawan. bila kawan-kawan makan tak pernah pelawa halimah makan. ini semua senior halimah nie cerita kat aku...halimah nie dikategorikan family yang miskin...gaji mak RM 450....duit sewa rumah dah RM 300...macam mana dengan duit dapur...untuk adik-adik lagi...aku terdiam memikir.

halimah nie pelajar yang baik...setiap pagi dia akan pergi ke bilik guru untuk bersalam dengan cikgu-cikgu dia...cikgu perempuan jer...tapi ramai yang x suka dengan cara halimah...kawan-kawan lain mungkin malu kot..bagi aku itu satu kelebihan pada diri halimah....ramai kawan-kawan gelar dia halimah_salam...sbb die suka bagi salam kat orang...pening aku ngan budak-budak sekolah...itu pun jadi isu...itulah benda baik kita buat pun salah...buat salah lagi la...salah...halimah nie rajin buat solat malam...pukul 2-3 pagi mengaji...dekat dalam almari die hanya biskut kering dan air masak..itu ajer...kalau makan...tunggu time makan kat dewan makan jer la....kawan-kawan lain time rehat kat sekolah pergi makan...tapi halimah x pergi makan...dia baca buku...begitulah tiap-tiap hari.